Nama: Lim Chye Hoon
Nombor Matrik: D20102042680
Kumpulan: EL-B16
Pensyarah:Professor Amily Shafila binti Shariff
Mata Pelajaran: KRT 3013
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

Mata Pelajaran Pengajaran: Pendidikan Moral dan Sains
Topik Pengajaran: Cintai Alam Semulajadi

Monday, 14 November 2011

Planet Biru Yang Cantik !

Pada tahun 1969, roket Sarturnus V yang membawa pesawat Apollo yang diawaki oleh Neil Amstrong dan Edwin Aldrin membuat sejarah dengan menjadi manusia pertama yang menginjakan kakinya di bulan.

Semasa roket Sarturnus V berlepas dari bumi ke bulan, angsakasawan ini telah menoleh ke belakang dan mendapati planet bumi biru yang kita diami ini sungguh cantik !    

Revolusi Perindustrian!

Manusia telah melancarkan perang ke atas bumi sejak revolusi perindustrian berlaku sedekad yang lalu.

Kepesatan teknologi telah menyebabkan manusia berlumba-lumba mencapai kemajuan.

Semenjak revolusi perindustrian, manusia telah melakukan tindakan memusnahkan bumi ini dalam kadar yang membimbangkan !

Saturday, 12 November 2011

Kesan Rumah Hijau

video
Pelepasan gas yang mencemarkan udara dari peti sejuk, pendingin hawa, kereta dan kilang  membuat bumi sesak nafas.

Lapisan ozon menjadi nipis dan menyebabkan haba matahari memancar tanpa sekatan , akibatnya kesan rumah hijau menyebabkan ais-ais di kutub utara dan selatan mencair dengan cepatoleh itu, paras air laut meningkat membuat banyak pulau ditenggelami air.

Perkembangan yang tidak terkawal memberi kesan buruk kepada alam sekitar terutamanya manusia dan haiwan.

Selamatkan Bumi Sebelum Ia Terlambat !

video
Dalam mengejar kemajuan, segelintir manusia begitu rakus memusnahkan alam sekitar. Hutan-hutan ditebang tanpa perancangan hingga menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan habitatnya.
Bahan buangan dari kilang yang mengandungi toksik telah mencemarkan sungai dan laut. Hidupan sungai dan laut mati keracunan.
Kekejaman manusia telah menyebabkan kebanyakan hidupan menghadapi kemungkinan kepupusan. Kepupusan ini boleh mengganggu ekosistem hidupan bumi yang membawa kesan buruk kepada manusia.

Sertailah Aktiviti Menyelamatkan Bumi !

video
Amalkan pemakanan yang boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Lebihkan pemakanan sayur-sayuran dan kurangkan makanan binatang!

Mengikut kajian, apabila binatang ternakan berkentut, ia mengeluarkan gas yang boleh meningkatkan kesan rumah hijau dalam peratus yang membimbangkan.
Hutan ditebang untuk tempat ternakan menyebabkan sesetengah tempat berubah menjadi padang pasir atau gurun.
Negara dunia ketiga telah  mengesportkan makanan seperti bijirin dalam jumlah yang besar kepada Negara yang maju untuk dijadikan makanan binatang ternakan pada hal sebenarnya bijirin itu jika dimakan oleh manusia, ia adalah berlebihan !
Sesetengah rakyat Negara dunia ketiga mati kelaparan kerana kekurangan sumber makanan. Sumber makanan telah dijual ke Negara yang maju sebagai makanan ternakan.
Letaklah aktiviti menyelamatkan dunia di tempat yang pertama di dalam sanubari kita sebelum ia terlambat!

Kembalilah Alam Sekitar Kita Yang Cantik !

video
Ketamakan manusia yang tidak berbatas ini telah menyeksa bumi suci yang diwarisi nenek moyang kita.
Kita berkemungkinan tidak berpeluang melihat permandangan bumi yang cantik ini jika kita tidak berusaha menyelamatkan bumi yang dicintai ini!

Apa Yang Boleh Kita Lakukan kerana Bumi Tidak Dapat Di Kitar Semula !

video
Adakah anak kita akan memaafkan kita atas perbuatan kita yang bazir dan tidak bertanggungjawab itu?
Kembalikanlah bumi yang cantik kepada generasi kita!
Biarlah waris kita mewarisi bumi yang bersih!

Sertailah Kempen Kitar Semula !

video
Sebagai anak bumi, apakah yang boleh kita lakukan untuk melindungi bumi kita daripada musnah?
Kempen kitar semula merupakan perkara penting yang harus kita lakukan dengan segera!

Sebenarnya, Perkara Yang Boleh Kita Lakukan Senang Sahaja !

video
Aktiviti kitar semula bahan-bahan boleh dilaksanakan dengan senang dalam kehidupan seharian kita.

Amalkan 3R Dalam Dalam Kehidupan Seharian Kita !

video
Hanya menyumbangkan sedikit tenaga, kita berupaya  mengubah keadaan bumi yang kian 'tenat'!

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Saya meminta murid membawa sapu tangan ke sekolah supaya penggunaan kertas tisu dapat dikurangkan.
Saya meminta murid menggunakan beg kitar semula dan
kurangkan penggunaan plastik sewenang-wenangnya.

Murid digalakkan membawa botol berisi air untuk diminum supaya kurangkan pembelian botol berisi air mineral untuk mengurangkan penggunaan plastik.


Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan sesi perbincangan tentang tajuk cintai alam sekitar.

Murid-murid menjalankan sesi perbincangan tentang topik cintai alam sekitar.
Murid-murid bekerjasama menyiapkan tugasan.
Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Guru meminta murid menutup suis selepas menggunakannya. 
Murid digalakkan berbuat demikian di sekitar sekolah walaupun tanpa disuruh guru.

Guru membimbing murid menjalankan sesi perbincangan.

Guru mengumpulkan hasil projek murid-murid tentang tajuk cintai alam sekitar.

Guru menggalakkan murid membawa bahan yang boleh dikitar semula ke kelas dan diletakkan di dalam kotak berdasarkan warna kotak.
Warna kotak ini mengikut standard antarabangsa kitar semula !

Murid-murid meletakkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula ke dalam kotak kitar semula.

Murid-murid menjalankan aktiviti ini dengan gembira!

Guru membawa murid ke kebun sekolah dan mengalakkan murid menanam tumbuh-tumbuhan
yang membawa kebaikan kepada bumi dan manusia.


Penanaman sayur-sayuran di sekitar rumah kita dapat menjimatkan wang dan mengurangkan kegunaan ubat peracun yang memudaratkan kesihatan kita.


Tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran merupakan makanan yang penting kepada manusia. Sayur-sayuran juga merupakan sumber penting untuk menyihatkan manusia.

Guru membawa murid ke taman sekolah untuk membincangkan kebaikan menanam tumbuh-tumbuhan kepada bumi.


Tumbuh-tumbuhan membekalkan oksigen kepada bumi, manusia dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan menghisap gas yang bertoksik, menyejukkan udara, mengurangkan berlakunya  banjir, mengurangkan berlakunya tanah runtuh, mengurangkan kesan rumah hijau, mennghalang angin kuat dan ombak besar yang membahayakan nyawa manusia dan haiwan serta lain-lain kelebihan yang tidak dapat terkira bilangannya.

Berlindung di bawah pokok ini boleh mengelakkan kita daripada basah kena hujan atau panas di bawah matahari yang terik!



Guru meletakkan kotak yang berwarna di sudut bilik darjah untuk murid meletakkan bahan-bahan yang boleh kitar semula supaya murid melaksanakan aktiviti ini di dalam kehidupan seharian mereka.


Ketua kumpulan kitar semula menjalankan tugas mereka dengan baik dan bertanggungjawab!

Guru meminta murid menghayati keindahan yang ada pada alam sekitar serta melindungi alam sekitar daripada dimusnahkan.

Tumbuh-tumbuhan menceriakan pemandangan sekolah dan menyihatkan mata murid yang memandangnya. 

Manusia yang mempunyai kasih sayang pasti mencintai alam semulajadi yang menyuburkan manusia!

Pemandangan ini mungkin kekal sebagai mural! 


Murid mungkin tidak berpeluang melihat binatang yang cantik ini pada masa hadapan jika manusia terus menyeksa binatang.

Hujan lebat mungkin membawa banjir jika aktiviti penerbangan pokok tidak terbatas!

Terdapat pelbagai mural yang cantik di sekolah yang memaparkan malapetaka alam akibat perbuatan manusia atau semulajadi.


Guru suka membawa murid berjalan-jalan mengelilingi kawasan sekitar sekolah untuk menghilangkan kebosanan murid sambil memberi bimbingan berdasarkan mural yang cantik ini.

Letupan gunung berapi mungkin tidak dapat di halang manusia,
tetapi pemusnahan bumi mampu dihalang manusia!

Alangkah indahnya pemandangan bumi ini!

Lukisan mural ini tidak harus dijadikan ingatan kepada murid sahaja, tetapi harta bumi yang tidak dapat dinilai!


Hasil Karya Murid

Unsur cintai alam patut diterapkan dalam semua mata pelajaran.
Contohnya unsur semulajadi diterap dalam pendidikan seni supaya murid menghayati keindahan alam semula jadi!

Hasil perbincangan atau projek murid tentang tajuk cintai alam sekitar.

Murid menjalankan tugasan mereka dengan bersungguh-sungguh!

Murid lebih suka menjalankan projek daripada duduk sambil mendengar penjelasan guru sahaja!

 Hasil karya ini akan dipaparkan di dalam papan kenyataan!

Guru bersyukur kerana murid dan rakan telah membantu merakam gambar dan menyiapkan projek ini! 


Guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada Professor Amily Shafila binti Shariff dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, rakan dan murid-murid yang menyumbangkan tenaga menjayakan blog ini!

Cikgu menghargai jasa murid-murid yang bekerjasama menjayakan tugasan ini!

Bahan Yang Diguna Semula


Saya merakam gambar ini di salah satu kempen cintai alam yang bertajuk Creativity Walk With Charity yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Shan Xin Negeri Sembilan.
Hasil karya pertandingan yang begitu kreatif ditunjukkan!
Alat ini dibuat daripada seluar jeans dan rotan kerusi yang terbuang.
Saya memaparkan gambar ini kepada anak murid saya supaya mereka mempunyai idea dan berkeyakinan untuk menjayakan kempen kitar semula bahan-bahan terbuang.

Almari kecil ini dibuat daripada kotak kasut dan tali kasar.

Meja boleh dibentuk dengan tali dan tisu gulung.

Tisu gulung ini diikat dan dijadikan meja kecil.

Pokok hiasan yang cantik ini diperbuat daripada kertas-kertas terbuang.

Sudu dan garpu plastik terbuang boleh diikat dalam bentuk bunga dan dihiaskan pada beg plastik.

Kerusi ini dihias dengan banyak bahan terbuang seperti kertas majalah, besi terbuang, CD dan sebagainya.
Ia dijadikan meja kecil dan dihiaskan seperti jam.
Terdapat gambar-gambar ahli keluarga di dalam botol-botol sebagai hiasan.

Permainan naga ini dibuat daripada tin-tin yang terbuang.
Tin-tin ini digunting dalam pelbagai bentuk sebelum dijadikan naga.

Beg ini dibuat daripada kertas majalah dan dianyam dalam corak meja catur.

Hiasan ini dibuat daripada kertas surat khabar yang tergulung halus.

Saya amat menyukai hiasan ini.
Bahan-bahan asal dipotong dari kertas majalah, tali dan kertas kotak.

Sofa ini dijahit dengan menggunakan pelbagai gulungan kain terbuang.

Harimau bintang ini dibuat daripada pelbagai jenis bahan terbuang seperti kipas dari komputer, tin-tin, paip air, kunci, roda kerusi dan sebagainya.


Alat hiasan ini dibuat daripada kertas lutsinar, CD dan lampu terbuang.

Robot mainan ini diperbuat daripada baldi, sudu, garpu, tin-tin, kertas kotak dan sebagainya.

Pokok hiasan yang unik ini dibentuk daripada plastik pengikat kotak.

Plastik pengikat kotak juga boleh distapler dan digantungkan gambar.

Meja ini dibuat daripada kotak kertas yang dipotong.

Meja komputer ini diperbuat daripada kayu terbuang.

Kotak isi telur boleh diwarna dan direka sebagai permainan di sekolah.

Permainan boleh direka untuk menggalakkan murid bermain sambil mendapat pengetahuan berkenaan tajuk cintai alam sekitar.

Kempen Kitar Semula bahan-bahan terbuang dijalankan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingannya.

Permainan dengan menggunakan kad-kad yang dipotong dari kotak terbuang.


Terdapat penjelasan tentang aktiviti kitar semula di sebelah bawah kad-kad ini.

Kanak-kanak menyukai permainan ini yang memerlukan  kemahiran matematik dan pengetahuan tentang aktiviti kitar semula.


Tin-tin ini boleh dijadikan permainan seperti boling, bahan-bahannya senang didapati, mudah bermain dan disukai kanak-kanak di samping menjalankan aktiviti kitar semula.


Buah kelapa merupakan alat mainan semula jadi yang boleh didapati dengan senang dan tidak memerlukan wang untuk membelinya di negara kita.


Kita harus menggalakkan murid-murid bermain permainan yang menggunakan  bahan semula jadi supaya penggunaan bahan teknologi yang merbahayakan manusia dapat dikurangkan.
Bahan semulajadi ini tidak membawa keburukan kepada bumi kerana ia senang reput dan tidak perlu menggunakan sumber bumi yang mungkin kehabisan suatu hari seperti minyak dan besi.

Gelang dibaling ke arah botol-botol yang tersusun.
Sesiapa yang berjaya  memasukkan gelang ke dalam botol dalam jarak yang tertentu dikira menang.

Sebahagian besar daripada pentas ini dibuat daripada bahan-bahan terbuang.
Cuba kita teka apakah bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat pentas.

Saya terkejut dan susah hendak mempercayainya apabila mengetahui bahan-bahan di belakang pentas ini dibuat daripada kotak isi telur!
Jelas sekali, bahan-bahan terbuang dapat digunakan dengan pelbagai cara jika kita ingin berbuat demikian dan berusaha ke atasnya.